Thursday, October 16, 2008

Menjaga Keturunan Melalui Perkahwinan

Pernikahan atau perkahwinan menurut Perundangan Islam merujuk kepada akad iaitu kontrak yang dilakukan oleh pasangan lelaki dan perempuan, yang menghalalkan hubungan seksual yang diperlukan oleh naluri setiap manusia, serta mengikat mereka untuk saling membantu dan menunaikan hak masing-masing. Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri ada menyatakan segala urusan nikah kahwin perlu merujuk kepada hukum Syara’. Al-Quran dan sunnah juga menjelaskan asas hukum yang jelas dalam perkahwinan seperti wajib, haram, harus dan makruh. Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia dan menjauhi kerosakan. Islam juga menitikberatkan soal perkahwinan kerana ia adalah asas kepada pembinaan sebuah tamadun. Walau bagaimanapun, Barat menganggap perkahwinan adalah satu ikatan yang membebankan. Mereka lebih gemar melakukan hubungan seks tanpa ikatan atas dasar kebebasan asasi individu. Lebih teruk pada hari ini mereka juga cenderung untuk melakukan hubungan sejenis ’homoseksual’.

Apa yang lebih menyedihkan kita pada hari ini ramai dikalangan umat Islam telah terikut-ikut dengan budaya Barat ini khususnya para remaja. Ini dapat dilihat seperti contoh tangkapan yang dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Agama Daerah Muar, Johor. Hasil tangkapan yang dibuat menunjukkan lebih 15 pasangan yang ditangkap kerana mengadakan hubungan seks luar nikah terdiri daripada para remaja. Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib mempertahankan kesucian agama dengan melaksanakan sunah Rasulullah iaitu perkahwinan yang sah. Pihak berkenaan juga perlu melaksanakan serta mengetatkan undang-undang Syara’ yang telah ditetapkan agar perkahwinan yang sah menjadi pilihan umat Islam serta lahirnya keturunan yang soleh dan solehah.

1 comments:

khair October 22, 2008 at 1:38 AM  

Assalammualaikum
Alhamdulillah, syabas dan tahniah atas ilmu yang dikongsi. sedikit sebanyak dapat juga saya, maklumat tentang menjaga nasab atau keturunan melalui perkahwinan. Melahirkan nasab atau keturunan yang soleh dan solehah adalah salah satu objektif perkahwinan di dalam islam, di samping menyalurkan nafsu dan dyahwat manusia ke jalan yang di halalkan oleh syarak. Menurut kitab "Tarbiyatul Awlad Fil Islam " (mendidik anak menurut perspektif Islam ) karangan Sheikh Hasan Ali An-Nadwi, anak atau keturunan merupakan satu amanah Allah dan juga merupakan Maqasid atau tuntutan syarak,oleh itu sudah semestinya kita sebagai seorang muslim yang ingin memastikan agar generasi akan datang tidak akan rosak akhlak dan tingkah lakunya sudah menjadi tanggungjawabnuntuk menjaga batas pergaulan dan Syariah agar tidak mencemar benih-benih kehidupan mendatang. Sheikh Rohimudin Al-Bantani berkata dalam bukunya yang bertajuk "Di Ambang Perkahwinan" Jagalah Nasab kamu dengan menjaga hubungan kamu sebelum berkahwin..

Semoga usaha awak di teruskan lagi menyampaikan maklumat dan infomarsi yang bermanfaat.. WallaH Taala A'lam.

Followers

Blog Archive

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP