Tuesday, October 21, 2008

Gejala Sosial dikalangan Penuntut Islam IPT

Isu gejala sosial di kalangan pelajar hari ini telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Setiap hari kita mendapat maklumat mengenai isu gejala sosial yang melibatkan para pelajar khususnya pelajar di ipt di dalam media. Dahulunya, isu keruntuhan moral di kalangan pelajar tidak mendapat liputan yang meluas dalam media. Liputan yang meluas ini sepatutnya memberi kesedaran dan menyentak kita bahawa isu keruntuhan moral ini perlu ditangani dengan segera.Isu keruntuhan moral di kalangan pelajar hari ini melibatkan salah laku kecil sehinggalah kepada perbuatan jenayah berat seperti membunuh, rogol, memukul dan bergaduh yang sering berlaku. Sebagai contoh kes yang berlaku di Kedah, seorang guru disiplin Sekolah Menengah Datuk Syed Omar berumur 39 tahun dibelasah sehingga mengalami kecedaraan parah di muka dan badan kerana menangkap seorang pelajar yang lari daripada majlis perhimpunan. Beliau dibelasah, ditendang dan ditumbuk bertubi- tubi oleh dua orang pelajar tingkatan lima ketika majlis perhimpunan berlangsung.

Bagi pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) pula, semakin ramai yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial seperti khalwat, merempit , melepak dan mengalami keruntuhan akidah. Mereka mudah terjebak dengan perkara-perkara ini kerana terpengaruh dengan faktor persekitaran dan rakan sebaya. Ini dapat dilihat sewaktu sambutan ambang kemerdekaan di KLCC atau Dataran Merdeka. Mereka menyambut kemerdekaan dengan mengadakan pesta yang bercampur lelaki perempuan, berpelukan, menari dan ada yang minum arak sehingga mabuk. Pelajar IPT juga banyak terlibat dengan seks luar nikah sehingga mengandung. Mereka juga sanggup membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa itu untuk menutup perbuatan jahat mereka.Apa yang menyedihkan, kebanyakan daripada mereka adalah anak-anak Melayu yang menuntut di ipt-ipt tempatan. Apa yang menjadi persoalan di sini sejauh manakah mekeka mengamalkan apa yang telah mereka pelajari?


Mereka sepatutnya menjadi harapan dalam pembangunan keluarga dan negara. Banyak pihak terutamanya Badan NGO telah melakukan usaha bagi menyelamatkan mereka tetapi gejala ini semakin merebak dan sukar dibendung. Oleh itu semua pihak haruslah memainkan peranan terutamanya ibu bapa dalam pendidikan terhadap keluarga agak gejala ini dapat diatasi dengan sempurna.

2 comments:

khair October 22, 2008 at 1:58 AM  

Assalammualaikum..
Alhamdulillah, tahniah dan syabas atas maklumat yang disampaikan oleh saudari...sedikit sebanyak bertambah ilmu kami para pembaca blog...
Realiti masalah keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja islam masa kini memang tidak dapat dinafikan lagi, khususnya pelajar-pelajar Institiusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia...Mahasiswa terpelajar
yang diharapakn belajar di Pusat Pendidikan yang terkemuka pun terlibat dengan penyakit masyarakat,apatah lagi mereka yang tidak menyambung pengajian dan sudah berada di kancah pekerjaaan.semoga selepas ini
saudari dapat menjelaskan lagi stastitik yang tepat
berdasarkan laporan dan bilangan remaja islam yang tejebak dalam kancah permasalahan sosial ini menurut hasil kajian para profesinal... syukran ..

Laman Nurani Ustaz Muda (",) October 23, 2008 at 6:37 AM  

Assalamualaikum WBT....
Alhamdulillah dan terima kasih atas artikel yang bagi sy begitu sesuai bagi kite semua golongan muda mudi pada hari ini...Inilah hakikat yang berlaku dalam golongan muda mudi zaman sekarang.. tidak kira la yang mempunyai akademik yang tinggi mahupun rendah. Jika perlakuan seperti ini boleh berlaku pada penuntut2 di IPT, apatah lagi bagi golongan muda mudi yang tidak mempunyai pendidikan dan hanya hidup tiada arah tujuan.
apa pun moga2 kita semua mendapat pengajaran yang berguna denngan artikel ini dalam kita mendidik golongan ini dan sebagai satu platform untuk kita bakal2 da'i yang semestinya tidak mahu melihat golongan harapan bangsi ini terus lalai dan leka...

itu sahaja dari saya dan tahniah juga buat pemilik blog ini atas blog yang menarik dan penuh dengan input ini...(",)

Followers

Blog Archive

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP