Wednesday, October 22, 2008

Bidaah Dan Khurafat:Kesan Negatif Kepada Pembangunan Ummah

Seperti diketahui, sistem ibadat dalam Islam adalah sistem yang lengkap melengkapi dengan sistem Islam yang lain bagi meningkatkan manusia ke tahap khalifah di muka bumi. Ibadat yang betul dan sempurna seperti dikehendaki agama tidak menggalak orang menyisihkan diri dari masyarakat. Pengubah suaian ibadat dan apa yang ditentukan Allah dan Rasul akan membawa kepada perpecahan. Perpecahan pula akan membawa kepada halangan pembangunan ummah. Sistem ibadat yang tepat akan meletakkan umat pada satu kesatuan akidah dan amalan yang sempurna.Ia menimbulkan masyarakat yang bekerjasama, bantu membantu dan terbina akhlak yang mulia.

Khurafat adalah fahaman yang menimbulkan syak wasangka, menurut nafsu dan terlalu beremosi, bertaklid buta, menjadi pak turut, berpegang kepercayaan tanpa bukti yang betul melahirkan masyarakat yang tidak akan membangun. Ia banyak membawa unsur yang meruntuhkan dari yang membangun. Justeru itu unsur-unsur khurafat mestilah dijauhi. Pada asasnya, segala urusan dalam perkara keagamaan ialah mengikut Sunnah, atau disebut dengan al-It-tiba. Sementara perkara yang berkaitan dengan dunia berasaskan rekaan al-Ibtida’. Ayat al-Quran al-Maidah:3 menyatakan: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah reda akan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. Sementara hadis Rasulullah s.a.w. pula menyatakan "Anda lebih mengetahui dengan urusan dunia anda”

Bidaah pula seperti yang dikatakan oleh Ibn Taymiyyah lebih disukai oleh Iblis kerana ia bertentangan dengan agama. Pengamalnya tidak bertaubat, malah mereka menyeru pula kepada orang lain kepada amalannya. Menurut Ibn Taymiyyah, bidaah berperingkat-peringkat. Ada bidaah yang boleh di anggap Bidaah mughalladzah iaitu yang boleh membawa pengamalnva menjadi kafir, seperti bidaah yang dilakukan oleh ajaran salah atau ajaran sesat, malah sebahagian mereka lebih bahaya dari Nasrani dan Yahudi lagi. Mungkin ajaran Qadiani boleh dijadikan contoh bidaah kepercayaan yang membawa kekufuran. Ada pula yang tidak sampai kepada kafir tetapi termasuk dalam kategori fasiq. Mereka mungkin terdiri dari mereka yang panjang sembahavang atau puasanya, tetapi akidah mereka yang terjebak dalam bidaah. Fahaman Mu'tazilah pada masa dahulu mendahulukan akal dan wahyu terjebak dalam bidaah yang membawa kepada rosaknya amalan mereka. Bidaah mukhaffafah pula menjadi perselisihan mazhab-mazhab seperti tawassull dengan Nabi Muhammad, tawassul dengan orang-orang Salih yang dianggap bidaah oleh mazhab ahil Hadis (Wahabi). Bidaah ini dilakukan oleh pihak lain dengan mengunjungi kubur keramat dan nazar yang bukan-bukan. Kebanyakan sunnah samada dalam bentuk amalan atau perkataan Rasulullah s.a.w. adalah ditasyri' seperti maksud firman:

"Dan ikutilah Rasulullah mudah-mudahan kamu mendapat pertunjuk".(al-A’raf: l58).

Dalam hal ini sunnah mesti diikuti. Walaubagaimanapun sunnah yang tidak mesti diikuti iaitu yang tidak ditasyri'kan atau apa yang disebut "Anda lebih tahu dengan urusan dunia anda". Jadi tidak timbul soal bidaah atau tidak dalam perkara keduniaan ini, dari segi teknikalnya. Perkara yang mengelirukan masyarakat umum terutamanya, yang berkaitan dengan makan minum, pemakaian, perhiasan, perubatan harus dilihat sebagai bukan bersifat umum tetapi khusus untuk keadaan tertentu atau menyelesaikan keadaan semasa itu. Justeru itu, umat Islam mestilah pandai menilai sesuatu perkara itu supaya dapat mengelakkan daripada berlaku bidaah dan khurafat serta memberi kesan negatif kepada pembangunan ummah.

2 comments:

Mohd Khairul Anwar B Tajudin October 23, 2008 at 9:56 AM  

salam perantuan
ana baca dalam petikan ini , anti terlalu banyak mengambil pendapat ibnu taimiaah , ana tak nafikan ngan kebesaran ilmu yg tinggi pada diri ulamak ini , ade sesetengah ulamak mengatakan ia sudah sampai ketahap mujtahid ::

sepertimana apa yg ana lihat : mujtahid ini kalau ia mempunya satu fatwa , dan ia mengeluarkan fatwa itu , samaada tepat atau tidak tepat ,,ia tetap mendapat ajrun iaitu ganjaran ,

seperti sabda rasullah :
mafhumnya : mujtahid yg mengeluarkan fatwanya , kalua betul mendapat 2 ajrun kalau tidak tepat mendapat satu ajrun ,

oleh itu apa yg saya nak comment ngan anti , jgn tertempu kepada satu pendapat sahaja , tapi banayk lagi pendapat2 lain , cth dari imam hasan al - banna , doktor yusog kordowi , mufti mesir shikh ali juma'ah dan lain2 lagi , untuk kita sama2 berbincang secara ilmiah , supaya mendapt kebenaran dari mereka melalui dalil2 yg kukuh disisi syariah ,,,

itu je yg ana sempat comment , minta maaflah kesentukan masa

Anonymous June 5, 2011 at 8:53 PM  

Terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan bersandarkan kepada hadith
أنتم أعلم بامور دنياكم

Dgn ini diforwardkan url himpunan hadith-hadith soheh untuk rujukan dan manafaat bersama.

http://lidwa.com/app/

Followers

Blog Archive

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP