Tuesday, October 21, 2008

Mendidik Anak Adab Sejak Kecil



Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak terhingga nilainya kepada setiap ibu bapa dalam rumahtangga. Anak-anak adalah pengikat kasih sayang dan mereka memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Dengan itu ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik anak-anak dengan didikan kekeluargaan khususnya agama. Anak-anak juga perlu didedahkan dengan adab seawal kanak-kanak lagi. Ini bagi membolehkan mereka bersedia untuk berhadapan dengan apa jua situasi yang bakal mereka hadapi kelak. Dalam Islam amat mementingkan didikan agama kepada anak-anak.Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:

1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
8) Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
18) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.
19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.

Dengan didikan yang diberikan oleh ibubapa yang baik dan sempurna maka diharapkan akan lahirlah anak-anak yang soleh dan solehah serta cemerlang, gemilang dan terbilang.

1 comments:

Anonymous October 22, 2008 at 3:19 AM  

assalammualaikum..
Alhamdulillah,Tahniah dan Syabas kepada saudari kerana dapat memberi tips dan maklumat dlam membina dan mendidik anak-anak agar menjadi generasi soleh dan solehah pada masa depan...
saya cukup tertarik dengan tips yang diberikan oleh saudari dan saya bersetuju secara keseluruhannya dengan tips yang diberikan, sememangnya anak-anak yang baru dilahirkan adalah ibarat kain putih kitalah yang bertangunggjawab mencorakkannya samada menjadi soleh dan solehah atau sebaliknya.. hadith ini terbukti sudah nenjadi tanggungjawab para ibu bapa untuk memberi didikan duniawi dan ukhrawi sebaiknya kepada anak-anak agar menjadi insan yang berguna kelak..Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ayyuhal Walad mennekankan agar amnak-anak di jaga dan diasuh menurut islam agar tidak menjadi insan yang rosak kehidupanya.. oleh itu semoga saudari dapat menambah lagi maklumat yang berguan untuk perkongsian bersama... syukran...

Followers

Blog Archive

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP