Tuesday, May 19, 2009

**LASKAR PELANGI**

Laskar Pelangi merupakan filem dr Indonesia yang sempena hari guru. Ia mengisahkan bagaimana seorang guru di SD Mohamadiyah berjuang untuk membela nasib kanak-kanak miskin di Daerah Belitong. SD Mohamadiyah tidak sama dgn sekolah2 lain di daerah itu yg lbh mementingkan pendidikan material shj. Sekolah ini lebih mementingkan pendidikan spiritual disamping tidak melupakan pendidikan material.



Diriku juga tidak terlepas peluang menonton filem ini setelah disyorkan oleh seorang sahabat. Seronok pulak bile tgk filem. Terase diriku dibawa terbang semula ke alam kanak-kanakku.. Bermain tarik2 belarak kelapa(pelepah kelapa), berkejar-kejaran... Sungguh indah saat itu kurasakan,kenangan zaman kanak2 yg tak pernah luntur dr ingatan&akan terus terpahat di sanubari ini.

Kisah Pak Irfan,Cikgu Muslimah yg sanggup mengorbankan jiwa raga untk mempertahankan Ajaran Islam kpd anak2 Belitong sungguh memberi keinsafan betapa besarnya pengorbanan seorang guru dlm mendidik ank bangsa.
Kisah Lintang seorang ank nelayan yg sanggup berkayuh jauh termasuklah terpaksa mengharungi jalan sebelah paya yg selalu menjadi tempat buaya berjemur semata2 untk ke sekolah. Bayangkanlah jika diriku berada di situasi itu rasenye tidak sanggup untkku terus ke sekolah. Berbagai2 situasi yg ditonjolkan oleh watak2 dlm filem ni,Haykal yg sudah terjebat dgn 'cinta monyet',Mahar yg sgt berkebolehan dlm bidang seni,Harun kanak2 istimewa yg berminat utk belajar wlupn kekurangan & Lintang yg sgt pintar dlm matematik.

Kata-kata Pak Irfan kpd anak2 muridnya sungguh terkesan di hati ini...

Jangan menyerah!!!
Erti hidup untuk memberi sebanyak2nya...
Bukan untuk menerima sebanyak2nya

Sepanjang menonton filem ini, bermacam-macam perasaan menyelubungi diriku, ketawa melihat gelagat2 kanak2 dlm lakonan ini bermain riang, sedih sehingga menitiskan air mata apabila kesulitan dan kesusahan menimpa diri mereka...
Bagi shbt2 yg belum tgk filem ini, silalah tgk kt Yautube ye!!hehe=)
Rugi kalau tak tonton.....
Selamat menonton ye sahabat2=)

0 comments:

Followers

Blog Archive

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP