Monday, October 20, 2008

Pemimpin Adil Dan Amanah Dalam Politik


Adil bermaksud memberi sesuatu kepada mereka yang berhak manakala amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Tugas pemimpin hanya perlu diberikan kepada ahlinya sahaja, iaitu yang amanah kerana pemimpin akan berurusan dengan amanah, sama ada sesama manusia atau amanah Allah. Begitu juga apabila perlu membuat keputusan atau memberi pengadilan. Setiap pemimpin harus sedar bahawa Allah sentiasa mendengar dan melihat. Allah tahu apa yang tersirat di sebalik keputusan yang dibuat atau apa yang dikata, walaupun pengikut hanya melihat zahirnya sahaja. Pentadbiran yang baik dalam kepimpinan sama ada melalui institusi perkahwinan, pengurusan, pendidikan dan perniagaan hanya dapat dilaksana jika kita mempunyai pemimpin yang adil dan amanah untuk memacu negara ke arah kemajuan serta mendapat rahmat Allah S.W.T. dalam rumahtangga misalnya, tanggungjawab suami isteri adalah sama berat dan sebab itulah sifat adil dan amanah mesti wujud iaitu suami mencari nafkah dan isteri mengurus rumahtangga.


Sebagai contoh Rasulullah s.a.w merupakan seorang pemerintah yang tidak pernah berat sebelah, sebaliknya memartabatkan nilai adil dan amanah supaya menjadi ikutan sahabat dan membuktikan bahawa akhlak pemimpin dalam Islam adalah mulia serta tidan sama dengan yang lain. Hakikat ini terbukti ketika pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama, di mana baginda menyatakan dasar kemimpinannya dalam khutbah seperti berikut: ”Wahai manusia, sekarang aku memegang pekerjaan kamu ini, tetap aku bukanlah orang yang lebih baik daripada kamu. Jika aku berlaku adil dalam urusanku, sokonglah aku. Tetapi jika aku berlaku salah, betulkanlah aku kembali. Kejujuran adalah satu amanat, kedustaan adalah satu khianat.” Dengan ini setiap pemimpin Islam perlulah sedar hakikat ini serta melaksanakan keadilan serta amanah dalam menjalankan tugas agar lahir sebuah institusi atau yang negara Islam yang aman dan harmoni.

3 comments:

nira October 23, 2008 at 8:26 PM  

Salam....pemimpin perlu berlaku adil dalam memerintah negara. Islam ada mengatakan bahawa pemimpin yang adil dapat menyelamatkan bangsa dan negara dari kucar kacir. Dalam politik islam juga perlu adil dan amanah. politik yang adil dapat membangunkan negara.

nira October 23, 2008 at 8:48 PM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous December 31, 2008 at 5:53 AM  

slm..ana rasa tulisan enti bleh sebabkn pembaca stress mmbacanya..cuba enti susun ayat sebelum mngeluarkan pndapat supaya dpt difahami dgn lebih relax n jelas..syukran jazilan..barakallahufik

Followers

Blog Archive

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP