Wednesday, May 20, 2009

**DETIK TERAKHIR KITA BERSAMA**



DETIK TERAKHIR BERSAMA SAHABAT-SAHABATKU,
MELAHIRKAN KESAYUAN DI HATI,
SUKA DUKA SEPANJANG BERADA DI PERBUKITAN ILMU INI,
MENGAJARKU ERTI PENGORBANAN&JIHAD DALAM MENUNTUT
ILMU ALLAH SWT DI MUKA BUMI INI,
SELAMAT TINGGAL SAHABATKU,
MAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN DIRI INI,
TERIMA KASIH KERANA SENTIASA BERSAMA DALAM SUSAH DAN SENANG,
KENANGAN MENGGAMIT MEMORI,
SENTIASA TERPAHAT DISANUBARI.......,
SEMOGA ALLAH SWT MERHMATI KITA SEMUA..
AMIN...

Tuesday, May 19, 2009

**LASKAR PELANGI**

Laskar Pelangi merupakan filem dr Indonesia yang sempena hari guru. Ia mengisahkan bagaimana seorang guru di SD Mohamadiyah berjuang untuk membela nasib kanak-kanak miskin di Daerah Belitong. SD Mohamadiyah tidak sama dgn sekolah2 lain di daerah itu yg lbh mementingkan pendidikan material shj. Sekolah ini lebih mementingkan pendidikan spiritual disamping tidak melupakan pendidikan material.



Diriku juga tidak terlepas peluang menonton filem ini setelah disyorkan oleh seorang sahabat. Seronok pulak bile tgk filem. Terase diriku dibawa terbang semula ke alam kanak-kanakku.. Bermain tarik2 belarak kelapa(pelepah kelapa), berkejar-kejaran... Sungguh indah saat itu kurasakan,kenangan zaman kanak2 yg tak pernah luntur dr ingatan&akan terus terpahat di sanubari ini.

Kisah Pak Irfan,Cikgu Muslimah yg sanggup mengorbankan jiwa raga untk mempertahankan Ajaran Islam kpd anak2 Belitong sungguh memberi keinsafan betapa besarnya pengorbanan seorang guru dlm mendidik ank bangsa.
Kisah Lintang seorang ank nelayan yg sanggup berkayuh jauh termasuklah terpaksa mengharungi jalan sebelah paya yg selalu menjadi tempat buaya berjemur semata2 untk ke sekolah. Bayangkanlah jika diriku berada di situasi itu rasenye tidak sanggup untkku terus ke sekolah. Berbagai2 situasi yg ditonjolkan oleh watak2 dlm filem ni,Haykal yg sudah terjebat dgn 'cinta monyet',Mahar yg sgt berkebolehan dlm bidang seni,Harun kanak2 istimewa yg berminat utk belajar wlupn kekurangan & Lintang yg sgt pintar dlm matematik.

Kata-kata Pak Irfan kpd anak2 muridnya sungguh terkesan di hati ini...

Jangan menyerah!!!
Erti hidup untuk memberi sebanyak2nya...
Bukan untuk menerima sebanyak2nya

Sepanjang menonton filem ini, bermacam-macam perasaan menyelubungi diriku, ketawa melihat gelagat2 kanak2 dlm lakonan ini bermain riang, sedih sehingga menitiskan air mata apabila kesulitan dan kesusahan menimpa diri mereka...
Bagi shbt2 yg belum tgk filem ini, silalah tgk kt Yautube ye!!hehe=)
Rugi kalau tak tonton.....
Selamat menonton ye sahabat2=)

Saturday, May 16, 2009

**Di SeBaLiK**


Di sebalik hari ini...
17 Mei 2009,
Mengikut kalendar Masihi, genaplah 5 tahun pemergian ayahandaku tercinta
Mohd Selamat bin Haji Ali ke Rahmatullah,
Sukar untuk ku menyatakan perasaanku di saat ini,
Hakikatnya hati ini sangat sedih, sayu & rindu pada arwah abah,
Perasaan seorang anak yang amat merindui belaian & kasih sayang dr seorang ayah,
Sebak je rasa di dada ni, namun kutahan jugak airmata ni dr keluar..
Kenapa begitu murah airmata ini? Seolah-olah ku tidak redha dgn pemergiannya...
Oh tidak!!!
ku redha & ku pasrah dgn ketentuan Illahi,
Allah SWT lebih menyayangi arwah abah,

Bila kuteringat sepotong hadis yg menyatakan:-

Apabila seseorang itu telah meninggal dunia,akan terputuslah segalanya kecuali 3 perkara:

1) Ilmu yang bermanfaat
2)Sedekah jariah
3) Anak yang soleh & solehah yg sentiasa mendoakannya..

Hadis ini telah menyedarkanku betapa tingginya doa seorang anak yg soleh & solehah terhadap
kedua ibu bapanya yg telah meninggal dunia...
Setangkai doa & Fatihah kukirimkan..
Semoga arwah abah sentiasa tenang di sana & di tempatkan bersama para solihin..
Amin.....
Al-FATIHAH

**Karnival Kerjaya&Keusahawanan Graduan 2009**

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009 PWTC merupakan karnival kerjaya terbesar telah diadakan bagi tahun 2009,
Karnival ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu dari 15 Mei 2009-17 Mei 2009.
Terdapat lebih 600 gerai telah di buka melibatkan syarikat-syarikat di bawah kerajaan & swasta yang menjanjikan latihan & peluang pekerjaan khususnya kepada para graduan yang masih tercari-cari pekerjaan.
Warga UKM juga telah berpeluang menghadiri karnival kerjaya tersebut..
Berikut adalah foto tempat2 yg sempat dilalui...
Pamplet Karnival Kerjaya PWTC 2009


Dewan Merdeka

Dewan Tun Abdul Razak

PWTC...tapi karnival ni bukan di buat kt dlm ni..huhu sume org tertipu


Muka kepenatan warga UKM selepas menjelajah ke karnival kerjaya


Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon pekerjaan sila layari laman web



Friday, May 15, 2009

**SeLaMaT HaRI GuRu**


16 Mei 2009,

Dikesempatan ini ku ingin delegasikan ucapan:



Selamat Hari Guru


Warga Pendidik SKAH Air Hitam Batu 18,Muar,

Warga Pendidik Sek Agama Air Hitam BAtu 18,

Warga Pendidik Sekolah Menengah Agama Arab Parit Sulong(SMAAPS),

Warga Pendidik Sek Agama Parit Sulong,

Warga Pendidik Maahad Pontian (MP),

Warga Pendidik Maahad Johor (MJ),

Warga Pendidik Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH),

Warga Pendidik Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan (JPDK),

Warga Pendidik Fakulti Pengajian Islam (FPI),

Warga Pendidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Warga Pendidik Seluruh Malaysia,

Warga Pendidik Seluruh Al-Azhar,

Warga Pendidik Seluruh Dunia..

Tuesday, May 12, 2009

**AKu HaMBa YaNg LeMaH

Ya Allah,
Kenapa dengan diriku ini,
Mengapa aku begitu lemah dalam menghadapi ujian dariMu,
Mengapa aku tidak seteguh Aisyah,Khadijah,Asiah&Srikandi2 Islam,yang amat tabah dalam mengharungi segala ujian&dugaan darimu Ya Rabbi,
Aku sedar,diriku sedang diuji olehMu. Kadangkala aku bertanya pada diri,mengapa aku diuji sebegini rupa. Tetapi bila keteringat dengan janjiMu.. {Sesungguhnya Allah S.W.T akan menguji hambanya dengan ujian yang dia mampu hadapi} kupujuk semula hati ini untuk redha menerima setiap ujian&dugaan dariMu. Kuinsafi kekhilafan diri. Aku yakin akan dapat mengharunginya. Dan kuyakin ada rahmat&hikmah di sebalik ujian..

Tuhanku,
Aku tidak layak masuk syurgamu,
Tetapi tidak pula aku sanggup menanggung azab nerakamu,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun,
Dosa-dosa besar

Di hening malam yang syahdu ini, di saat manusia lain dibuai mimpi indah. Kugagahi diri bermunajat padaMu Ya Allah,
Memohon maghfirah dariMu. Titisan airmata tidak dapat kubendung,daripada memenuhi pelupuk mata ini. Disaat insan lain tidak dapat membaca perasaan ini, hanya Kau yang mampu memahami gelojak di hati hambaMu ini.Moga akan terpancar sinar kebahagiaan bagi mengubati kedukaan hati hambaMu ini.
Sesungguhnya aku hamba yang lemah di sisiMu
Ya Rabb....=(
Latahzan Innallaha Maa'na!!!!!

Sunday, May 10, 2009

**BiNGkisaN SeOraNg ANak BuaT IBu**


Hari ini 10 Mei 2009 adlah sambutan 'Hari Ibu Sedunia'.
Masing2 akn sibuk untuk mengucapkan 'selamat hari ibu'&tak kurang gak yang buat sambutan @memberi hadiah untuk ibu tersayang.


Tetiba ku terkenang akn segala pengorbanan ibuku&
terpanggil untk mencoretkan sesuatu,
"Mak" itulah panggilan mesraku kpd insan yang sgt istimewa dlm hidupku. Dialah insan yang telah bersusah payah membesarkanku &adik beradik seramai 12orang. erm mungkin ada yg terkejut dgn bilangan adik beradikku yg agk ramai. tapi itulah hakikatnya..
Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah s.w.t.sebenarnya kami ada 14 beradik tapi Allah s.w.t terlebih dahulu menjemput akk&abgku sebelum aku sempat mengenali mereka. Moga Allah s.w.t merahmati mereka.Bila dibayangkan mcmanelah mak&abah mendidik kami yg 12 beradik,
yang bermacam2 ragam&karenah.aku tak nafikan aku agak manja&nakal sewaktu kecik tapi bile dh besar kurang ckit kot.eh iyeke dh kurang???hehehe.ops no komen.....


Dlm kegembiraan kami sekeluarga melayari hidup,dugaan besar telah menimpa kami...
Tanggal 17Mei 2004 abah yg kami sayang telah pergi menghadap Illahi. betapa sedih rasa diri ini krn tidak dpt menghadap abah disaat2 akhirnya. wkt itu gak aku sedang berperang dgn imtihan di Maahad Pontian.

Mlm itu aku tidak dpt melelapkan mata.sok aku nk exam madah adab nusus tapi apa yg aku baca sume xmelekat.ntahlah rasa semacam je mlm ni.smpi habis wkt prep keadaan aku sebegitu.Mlm bile kwn2 lain sudh dibuai mimpi,kugagahi juga hati ini untuk menelaah dgn berbekalkan lampu koridor...aku cuba juga sedaya mungkin wlupn resah di hatiku hanya Allah shj yg tahu.serba xkena,aku berbaring kekiri,kekanan.penat berbaring,aku duduk pula.penat duduk aku berdiri n berjalan2 di keliling katilku. Bila kulihat jam sudah menunjukkan pkul 4 aku segera ke blik air,mandi n berwudhuk.kejap lg pasti kwn2 lain akn bngun.Kubermunajat&mengadu pada Allah supaya menghilangkan resah di hati ini.


Pagi itu,kugagahi diri untk menghadapi exam.ntah ape ntah yg aku jwb,tawakkal ajelah.balik dr exam ade sorng adik memberitahu akkku telefon dr kg.Masa itu aku sudah mulai berdebar.bermacam persoalan bermain di minda ini. Aku bergegas ke "public phone" untk menelefon rumah. Kak long yg angkat wkt 2. Pada mulanya kak long buat biasa tapi tetiba dia menangis&menyebut "Abah".YA Allah,perkara yg kujangka benar2 telah terjadi,betulkah ini??ku terkulai layu&tidak dpt menahan air mata ini dr gugur.


Bila sampai di rumah ku melihat sekujur tubuh kaku di pembaringan. Hatiku bertanya lg,betulkah itu abah?adakah aku bermimpi?ye aku perlu menerima hakikat bahawa abah telah pergi buat selamanya meninggalkan kami.Kulihat mak menitiskan air mata,bertambah luluh hatiku.. kutitipkan doa buat Abahku tersayang


Ya Allah,

Kau ampunilah segala dosa abahku,

Maafkanlah segala kesalahannya,

Muliakanlah kedatangannya,

Luaskanlah tempatnya,

Terimalah kebaikannya,

Hapuskanlah keburukannya,

Dengan Rahmat KAsih Sayangmu,

Amin Ya Rabb...


Selang 2 hari pemergian arwah abah,nenek ku pula dijemput Illahi. Ya Allah, dugaan apakah ini. Aku lihat mak, tenang sahaja wlupn ku tahu di hatinya penuh duka,kehilangan suami&ibu dlm wkt terdekat. aku pn perlu mengagahkan diri. Selepas itu,hanya atuk sahajalah tempat mak mengadu&berharap kasih. Akan tetapi kusangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengah hari. Kurang 2 bln pemergian arwah abah&arwah nenek,Atuk pulak pergi menyahut panggilan Illahi. MasyaAllah, hanya lafaz itu yg dpt kuungkapkan. kami kehilangan 3 orang tersayang dlm wkt yg singkat. tapi aku perlu lebih memikirkan hati mak. aku tahu,aku kene kuat&mak memerlukan sokongan aku&ank yg lain...
Ya Allah, kau tenangkan hati ibuku ya Allah..


setelah itu,mak lah bersush payah mendidik kami, menghadapi karenah anak2 yg kadangkala mengembirakan&adakala memilukan. Aku pn tidak kurang juga..Wlubagaimanapun kucuba sedaya upaya untk membuat mak gembira wlu ku tahu apa yg kulakukan tak setanding pengorbanan mak selama ini.

Mak,kusanjung tinggi kesabaranmu menghadapi karenah anak-anakmu ini.Maafkan diri ini andai mengguris hatimu.


Ya Allah Ya Rahman,

Kau bahagiakanlah hidup ibuku,

Panjangkanlah umurnya,

Tabahkanlah hatinya dlm menghadapi karenah anak2nya,

Kau rahmatilah hidupnya dunia&akhirat,

Amin Ya Rabb....
Mak,sempena hari ibu ni.kutitipkan sebuah lagu untuk u

LAFAZ YANG TERSIMPAN

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Followers

Blog Archive

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP