Monday, May 24, 2010

"Karnival Pendidikan&Pameran Buku Batu Pahat"

Pada 8 Mei 2010 seramai 2 org murid pendidikan khas SK Peserai telah dijemput utk mengadakan persembahan pantun&sajak sempena Karnival Pendidikan&Pameran Buku anjuran PPDBP. Pada mulanya mereka agak malu juga utk buat persembahan&takut berdepan dgn orang ramai.tapi alhamdulillah setelah diberi latihan&dorongan yg padu dpd pelatih& guru2 mereka mula berani

Alhamdulillah rasa agk teruja krn mereka dpt buat persembahan yg baik serta mendapat tepukan yg amat gemuruh dri para penonton.(walaupun mereka mempunyai kekurangan tapi sebenarnya mereka juga ada kelebihan yg Allah kurniakan.janganlah kita memandang rendah atau menghukum kanak-kanak istimewa ini kerana kadangkala mereka lebih mulia disisi Allah berbanding kita yg sempurna)-renungan bersama:)

Tuesday, March 30, 2010

**PESTA BUKU DATANG LAGI**

erm smlm dpt bite yg pesta buku ade lg kt PWTC.wah teruja rase bile dgr...tapi agk sedih la kali ni dh xde kt kl..so xdpt la g pesta buku lg...ingat lg mase kt UKM,pantang de pesta buku,msti duk planning wt rombongan dgn kwn2 serbu pesta buku 2...time 2 mula la borong macam2 bku,mklmla time ni la de diskaun.
erm tapi xpelah mungkin len kali leh g.kpd kwn2 yg berpeluang pergi n membeli buku di sane diucapkan tahniah..moga memperoleh manfaat dari buku2 yg dibeli:)
SELAMAT MEMBACA!!!!

Monday, March 29, 2010

**sepi**

kehidupan yg sepi,
seperti bunga yg tiada serinya,
mengapa hati berasa gundah,
sedangkan itu tidak patut berlaku,
kepada kita sebagai khalifah Allah,
acapkali kurasa lemah,
acap kali kurasa gundah gulana,
acap kali aku rasa putus asa,
acap kali aku rasa seperti dipermainkan...
mengapa???????
Moga Allah memberi jalan keluar&memberikanku kekuatan

Wednesday, November 18, 2009

***SeKiaN LaMa MeNyepi DiRi***

Salam semua,
sudah sekian lame diri ini menyepikan diri,kire2 5bln juga kn.
Rindu gak pda blog aku ini..
sejak menamatkan pengajian di Bumi UKM smpi ke hari ini aku tidak terus terjun ke bidang pekerjaan. Bukan xde peluang pekerjaan tetapi bnyak masyaqah yg berlaku sehingga aku perlu melupakan niatku itu.
Banyak sguh yg ku lalui dlm mase 5bln ni.suka,duka,kesedihan,ujian&macam2 lg.
Mungkin akn kucoretkn pada bingkisan akn dtg..
Daaaa...............

Wednesday, May 20, 2009

**DETIK TERAKHIR KITA BERSAMA**



DETIK TERAKHIR BERSAMA SAHABAT-SAHABATKU,
MELAHIRKAN KESAYUAN DI HATI,
SUKA DUKA SEPANJANG BERADA DI PERBUKITAN ILMU INI,
MENGAJARKU ERTI PENGORBANAN&JIHAD DALAM MENUNTUT
ILMU ALLAH SWT DI MUKA BUMI INI,
SELAMAT TINGGAL SAHABATKU,
MAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN DIRI INI,
TERIMA KASIH KERANA SENTIASA BERSAMA DALAM SUSAH DAN SENANG,
KENANGAN MENGGAMIT MEMORI,
SENTIASA TERPAHAT DISANUBARI.......,
SEMOGA ALLAH SWT MERHMATI KITA SEMUA..
AMIN...

Tuesday, May 19, 2009

**LASKAR PELANGI**

Laskar Pelangi merupakan filem dr Indonesia yang sempena hari guru. Ia mengisahkan bagaimana seorang guru di SD Mohamadiyah berjuang untuk membela nasib kanak-kanak miskin di Daerah Belitong. SD Mohamadiyah tidak sama dgn sekolah2 lain di daerah itu yg lbh mementingkan pendidikan material shj. Sekolah ini lebih mementingkan pendidikan spiritual disamping tidak melupakan pendidikan material.



Diriku juga tidak terlepas peluang menonton filem ini setelah disyorkan oleh seorang sahabat. Seronok pulak bile tgk filem. Terase diriku dibawa terbang semula ke alam kanak-kanakku.. Bermain tarik2 belarak kelapa(pelepah kelapa), berkejar-kejaran... Sungguh indah saat itu kurasakan,kenangan zaman kanak2 yg tak pernah luntur dr ingatan&akan terus terpahat di sanubari ini.

Kisah Pak Irfan,Cikgu Muslimah yg sanggup mengorbankan jiwa raga untk mempertahankan Ajaran Islam kpd anak2 Belitong sungguh memberi keinsafan betapa besarnya pengorbanan seorang guru dlm mendidik ank bangsa.
Kisah Lintang seorang ank nelayan yg sanggup berkayuh jauh termasuklah terpaksa mengharungi jalan sebelah paya yg selalu menjadi tempat buaya berjemur semata2 untk ke sekolah. Bayangkanlah jika diriku berada di situasi itu rasenye tidak sanggup untkku terus ke sekolah. Berbagai2 situasi yg ditonjolkan oleh watak2 dlm filem ni,Haykal yg sudah terjebat dgn 'cinta monyet',Mahar yg sgt berkebolehan dlm bidang seni,Harun kanak2 istimewa yg berminat utk belajar wlupn kekurangan & Lintang yg sgt pintar dlm matematik.

Kata-kata Pak Irfan kpd anak2 muridnya sungguh terkesan di hati ini...

Jangan menyerah!!!
Erti hidup untuk memberi sebanyak2nya...
Bukan untuk menerima sebanyak2nya

Sepanjang menonton filem ini, bermacam-macam perasaan menyelubungi diriku, ketawa melihat gelagat2 kanak2 dlm lakonan ini bermain riang, sedih sehingga menitiskan air mata apabila kesulitan dan kesusahan menimpa diri mereka...
Bagi shbt2 yg belum tgk filem ini, silalah tgk kt Yautube ye!!hehe=)
Rugi kalau tak tonton.....
Selamat menonton ye sahabat2=)

Saturday, May 16, 2009

**Di SeBaLiK**


Di sebalik hari ini...
17 Mei 2009,
Mengikut kalendar Masihi, genaplah 5 tahun pemergian ayahandaku tercinta
Mohd Selamat bin Haji Ali ke Rahmatullah,
Sukar untuk ku menyatakan perasaanku di saat ini,
Hakikatnya hati ini sangat sedih, sayu & rindu pada arwah abah,
Perasaan seorang anak yang amat merindui belaian & kasih sayang dr seorang ayah,
Sebak je rasa di dada ni, namun kutahan jugak airmata ni dr keluar..
Kenapa begitu murah airmata ini? Seolah-olah ku tidak redha dgn pemergiannya...
Oh tidak!!!
ku redha & ku pasrah dgn ketentuan Illahi,
Allah SWT lebih menyayangi arwah abah,

Bila kuteringat sepotong hadis yg menyatakan:-

Apabila seseorang itu telah meninggal dunia,akan terputuslah segalanya kecuali 3 perkara:

1) Ilmu yang bermanfaat
2)Sedekah jariah
3) Anak yang soleh & solehah yg sentiasa mendoakannya..

Hadis ini telah menyedarkanku betapa tingginya doa seorang anak yg soleh & solehah terhadap
kedua ibu bapanya yg telah meninggal dunia...
Setangkai doa & Fatihah kukirimkan..
Semoga arwah abah sentiasa tenang di sana & di tempatkan bersama para solihin..
Amin.....
Al-FATIHAH

Followers

Blog Archive

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP